Nov 25, 2010
Nov 22, 2010
Eng Chew's Area Year End Party
Date : 22 Noveber 2010
Venue : Sandy Bay Paradise Hotel, Tanjung Bungah
Theme : Casual Pink or Purple and Bling-Bling
Parti Akhir Tahun bagi kawasan Eng Chew telah berlangsung di Sandy Bay Paradise Hotel dengan tema Casual Pink or Purple dan Bling-bling.
Terdapat 6 restoren yang berada di kawasan Bayan Baru ini iaitu # 54 Sunshine Square,#93 Desa Universiti,#97 Kompleks Bukit Jambul,#190 Tesco Penang,#208 Queensbay Mall dan #228 Penang Airport.
Parti Akhir Tahun ini bermula pada pukul 7.30 petang dan berakhir hingga 11.30 malam dengan meriahnya. Kesemua restoren turut memberi kerjasama membuat persembahan bagi memeriahkan majlis.
Terdapat nyanyian solo, tarian dan juga pelbagai persembahan dari 6 restoren terlibat. Pihak penganjur juga turut memeriahkan majlis dengan membuat aktiviti yang menarik seperti permainan meneka
gambar-gambar lama Pengurus Restoren dan OC. Selain itu juga aktiviti mengasingkan 7 jenis kacang turut dilakukan di antara meja ke meja. Majlis juga tidak ketinggalan memilih krew yang
yang memakai pakaian terbaik. Selain itu, pihak penganjur juga turut memberi penghargaan kepada crew dan pengurus yang telah berkhidmat dengan syarikat di atas perkhidmatan mereka. Di antara
mereka yang menerima penghargaan itu ialah:
a) 1 tahun perkhidmatan
b) 3 tahun perkhidmatan
c) 5 tahun perkidmatan ( termasuk pengurus)
d) 10 tahun perkhidmatan ( termasuk pengurus)
e) 15 tahun perkhidmatan (termasuk pengurus)
f) 20 tahun perkhidmatan
g) Ketua krew
h) Krew Tahunan ( setiap restoren)
Foyer aktiviti juga turut diadakan di ruang legar hotel bagi mengisi masa sebelum acara di dalam hotel bermula. Pihak menganjur meyediakan balang yang berisi jelly dengan jumlah isinya perlu
diteka oleh semua krew. Malah door gift juga turut diberikan kepada semua krew dan pengurus yang hadir di majlis Parti Akhir Tahun ini.
Parti ini berakhir dengan sambutan Hari Lahir yang dikongsi bersama dengan OC Eng Chew dengan kek Hari Lahir yang bertemakan Northern Dream Team….Together, We are Unstoppable.
Nov 15, 2010
Crew Year Party Gurney Mini Market
PULAU PINANG,15 November 2010 - Bertempat di Bayview Hotel,Georgetown,Mini Market Gurney telah mengadakan acara parti tahunannya. Dengan bertemakan "Glorious Mask" dan warna pilihan Hitam,Putih,Ungu dan merah jambu semua yang hadir WAJIB mengayakannya !
Para VIP yang hadir adalah Melaine Lim ( Pengurus Operasi ),Hong Chin ( Perunding Operasi Gurney Mini Market ), Eng Chew ( Perunding Operasi Bayan Baru Mini Market ), Veronica Khoo ( Eksekutif Pengurusan Operasi ), Kartina Ramli ( LSM Executive ) hadir juga semua Pengurus Store,Pengurus,Krew,VIP dan rider untuk meraikannya !
Pelbagai acara telah diadakan seperti Cabutan Bertuah, Persembahan dari store, permainan dan macam-macam lagi ! Dalam parti ini juga Mini Market Gurney telah memberikan penghargaan kepada Pengurus dan Krew yang telah berkhidmat selama 3,5,10,15 dan 20 tahun dengan McDonald's Malaysia ! Sememangnya McDonald's amat menghargai sumbangan dan jasa mereka !
Semua yang hadir untuk parti kali ini amat terhibur dengan agenda yang telah di atur oleh jawatankuasa parti ! Syabas Jawatankuasa Parti !
Nov 8, 2010
Crew Year End Party @ #112 Langkawi
Crew Year End Party 2010 bagi McDonald's Langkawi telah diadakan di Hotel D'Baron Resort pada 8hb November. Meskipun hujun turun agak sederhana lebat pada hari tersebut ,ia tidak sekalipun mematahkan semangat krew-krew serta pengurus mengenakan pakaian yg cantik-cantik bagi memeriahkan CYEP tersebut .Acara itu telah di serikan lagi dengan kehadiran Azemah (OC) sekeluarga .Hadiah hadiah telah disampai kan kepada krew yang telah berjaya seperti "Crew Of The Month , Best Crew Of the Year , Best Dress serta pelbagai lagi .
Acara diakhiri dengan pencarian sampul surat yang bernombor bagi mendapat hadiah cabutan bertuah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

